Walau pun awal tapi ini telah membangkitkan Christmas mood semua yang hadir. Tak sangka juga ramai yang hadir jikalau melihat kepada kebanyakkan student UiTM dah balik cuti. Yang hadir semuanya membawa hadiah masing-masing untuk acara pertukaran hadiah. Hadiah digalakkan membawa hadiah berupa kekal (nie kunci MyVi aku deh)...
Perayaan pada hari itu dimulai oleh team Pujian & Penyembahan yang dipimpin oleh Sdri. Almari. Pada waktu itu lampu telah dipadam (bukan digelapkan tetapi dipadam terus) oleh Sereni yang sedia menunggu untuk memadam suis lampu. So, lampu dipadamkan dan lilin dinyalakan sekaligus jemaah dibawa menyanyikan lagu Malam Kudus. Wow, sungguh terharu apabila menyanyikan lagu malam kudus. Bayangkan 2000 tahun yang lalu dalam keadaan malam yang sunyi sepi tiba2 Kristus dilahirkan di Betlehem. Kehadirannya mengejutkan para gembala pada waktu itu. Semua bersemangat menyanyikan lagu tersebut kecuali aku yang sibuk mengatur camera phone aku “Nama flash tuk enggai nyadi deh?....”
Selepas habis kami menyanyikan lagu ‘Malam Kudus’ lampu pun dibuka semula oleh jurulampu Sereni. Dan gereja pun dalam suasana terang macam biasa. Waktu itu, nyanyian Christmas terus dinyanyikan dengan lagu Dunia Gemar Dan Bersoraklah (Joy to the world), Glorio in elcelxis deo. Kemudian masuk ke lagu penyembahan pula ‘Tinggikan DiriMu’. Memang best dan evergreen lagu tu. The 1st time I heard this song was year 1997, when my sister gave me the very 1st GMB’s album ‘Ku bri yang terbaik’ for Christmas present. And till now we still singing it as our worship to God. Beautiful song.... Selesai sahaja lagu itu kami terus menyanyikan lagu feliz navidad.....
Acara pada pagi itu diteruskan dengan ucapan selamat hari Krismas 2008 daripada Ps. Joe. Kemudian dengan acara yang memang diminati ramai iaitu pertukaran hadiah. Yang menariknya selalunya pertukaran hadiah ini hanya khas untuk kanak2 sahaja. Tapi kali ini pertukaran hadiah melibatkan orang tuai sekali. Seronok apabila melihat orang tua dapat hadiah. Rasanya orang tua lagi seronok dapat hadiah daripada kanak2.
Selepas pertukaran hadiah habis, acara diteruskan dengan khutbah oleh Ps. Joe. Sebelum Ps memulakan messagenya hari itu kami menyanyikan lagu We are the reason (Dalam BM). Lagu ini pun best juga, so saya post sekali liriknya untuk renungan bersama....
KARENA KITADavid Meece
WAKTU KECIL KITA MERINDUKAN NATAL
HADIAH YANG INDAH DAN MENAWAN
NAMUN TAK MENYADARI SEORANG BAYI T'LAH LAHIR
BAWA KES'LAMATAN 'TUK MANUSIA
WAKTU PUN BERLALU DAN KITA PUN TAHU
ANUG'RAH YANG BESAR DARI BAPA
YANG RELAKAN ANAK-NYA DISIKSA DAN DISALIBKAN
DI BUKIT KALVARI KAR'NA KASIH
REFF:
KARENA KITA DIA MENDERITA
KARENA KITA DIA DISALIBKAN
AGAR DUNIA YANG HILANG DISELAMATKAN
DARI HUKUMAN KEKAL
BRIDGE :
T'LAH KUDAPATI JALAN KEHIDUPAN
TATKALA KUBUKAKAN HATIKU BAGI DIA
DALAM UCAPANKU, DALAM SEGALANYAKU S'LALU MEMUJI DIA...
PUJI DIA...
Sebelum saya meneruskan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuhan Yesus Kristus kerana atas apa yang Dia telah lakukan kepada saya. Terima kasih Yesus, kerana saya Tuhan datang ke dunia ini dan merelakan diriNya disalib....
Ps Joe berkhutbah mengenai makna Krismas pada pagi itu. Semua mendengar dengan khusyuk tapi saya pasti ada juga yang tak sabar dengan makanan tu. J Khutbah pagi itu mengenangkan kembali kasih Tuhan kepada manusia. Memang susah hati aku mun mengingat kasih Tuhan. Akai, ka nyabak ajak....
Begitulah acara pada hari itu. Memang menarik kan? Simple tapi berjaya melahirkan semangat Krismas pada semua anak2 muda yang berada jauh di perantauan (cheh, macam lah semua sik balit..sedangkan muka yalah no.1 nak balit rumah)....
Oh lupa satu hal, semasa hari baik bulan baik itu pula Alma telah menyempurnakan pengumumannya akan berpindah ke KL pada tahun depan. Alma menangis dengan sebak. Macam lah KL tu jauh. Macam Akademi Fantasia pulak ada yang terkeluar dan ada yang menangis....
This is my Christmas present...Hahaha...
MERRY CHRISTMAS 2008
All this things remind me of all the Christmas Party that I had during my youth years.....Hoh.....
No comments:
Post a Comment