Sunday, March 25, 2012

Trip To Bandung & Jakarta Part 5

Day 5

Day 5 of the journey started after we had our breakfast at the hotel. Actually, we had no idea where to go. We only decide after we on the taxi. We told the driver we want to go to Monas. Monas is just like our Tugu Peringatan at Malaysia. Funny, I've never been to Tugu Peringatan but here am I at Monas. There are many school children and university student visit Monas that day. 

Tinggi tak aku?

Look real ~ Patung yang mereka buat untuk menceritakan sejarah.


Perasan tak muka keletihan?

Apa motif tok kah? Hahaha....

Monas
Tapi kami tak naik sampai ke atas kerana banyak orang berbaris untuk masuk ke dalam. Jadi kami hanya melihat ke dalam muzium sahaja. Banyak sejarah dipelajari semasa melawat ke dalam muzium di dalam Monas. Sejarah bagaimana mereka mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah dan peranan negera Indonesia di persada dunia. 

Selepas lebih kurang separuh hari di Monas, kami pun pergi ke Taman Anggrek Mall. Taman Anggrek Mall merupakan mall yang terbesar di Jakarta (sumber : Pak Wibowo yang menjemput kami di stesen keretapi semalam ~ cousin kepada Sis Deborah). Tapi memang besar lebih kurang macam Mid Valley. Memandangkan wang rupiah masih ada lebih lagi, jadi kami mengambil keputusan untuk menghabiskan wang dengan shopping di sini. Harganya boleh tahan juga murah walaupun tidak semurah jika dibandingkan dengan Bandung. Walau bagaimanapun, kalau dibandingkan dengan Malaysia memang masih lagi dikatakan murah. Orang di Jakarta berbeza dengan orang di Bandung. Setelah penat membeli belah kami pun balik semula ke hotel walaupun wang rupiahnya masih ada lagi. Tapi tak tahu nak beli apa. Tapi disebabkan kawan-kawan (dan sendiri pun sama) telah kepenatan jadi kami pun balik semula ke hotel. Jarak hotel dengan Taman Anggrek Mall tidak jauh sebenarnya, kurang 1km kalau jalan kaki. Tapi kami naik sahaja taksi kerana duit tengah banyak nak bayar taxi lagipun murah. 

Kota Jakarta jauh berbeza daripada Bandung. Kalau Bandung cuacanya sejuk dan nyaman (serioussss!!!) tetapi Jakarta nampak berjerebu. Jalannya pula, lebih teruk macet (jammed) daripada Bandung dan lebih teruk dari KL. Walaupun dalam hujung minggu, bagi kami memang nampak sesak tapi driver taksi mengatakan keadaan hujung minggu jauh lebih baik daripada hari biasa. Boleh dibayangkan bagaimana teruknya macet pada hari biasa. Di Jakarta juga tidak banyak orang yang 'ngamen' dan kebanyakan mereka seperti Chinese look. Cuma mereka semua berkata dalam Bahasa Indonesia. Mungkin kehidupan orang di Jakarta lebih baik daripada orang di bahagian lain di Malaysia. 

Malam tersebut kami hanya berehat di hotel sambil menunggu ais daripada pihak hotel yang sampai balik ke Malaysia pun tidak sampai. Hahahaha....

No comments: