Sunday, March 25, 2012

Trip To Bandung & Jakarta Part 6

Day 6

Day 6 of the journey. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari yang dirancang pada hari ini. Bangun awal pagi jam 5.30 pagi dan bersiap sedia untuk menghadapi hari ini. Bersarapan pagi jam 6.00 pagi dengan penuh semangat. Kami menghabiskan sarapan 6.30 pagi dan bersiap sedia untuk menuju ke destinasi yang dirancang pada hari ini iaitu Kebaktian Ahad di Jakarta Praise Community Centre (JPCC). Check their website at Jakarta Praise Community Church.

JPCC adalah salah sebuah gereja yang besar di Jakarta. Gereja ini terkenal dengan kumpulan True Worshippers. Salah seorang ahli gereja ini iaitu Ps. Sidney Mohede. Rasanya semua kenal dengan beliau. Dan pada hari ini kami akan melangkah kaki menyertai kebaktian di JPCC.

Kami menaiki taksi daripada hotel kami menuju ke Wisma Nusantara di Jalan MH Thamrin. Tidak sukar mencari kerana kebanyakan pemandu tahu di mana letaknya Wisma Nusantara. Kalau tidak tahupun beritahu pemandu bahawa mahu ke Hotel Pullman (dulu dikenali dengan Hotel Nikko). Kami sampai sebelum 7.00 pagi kerana takut tak sempat mahu menyertai kebaktian jam 7.30 pagi. Sampai di sana, kami naik lif dan terus ke tingkat 12 Bangunan Annex. Pintu belum dibuka dan kami berdiri di luar untuk mereka membenarkan kami masuk. Tetapi waktu itu telah ada beberapa orang yang bersiap sedia untuk kebaktian.

Menunggu di luar dewan utama kebaktian diadakan.
Pintu masuk ke dewan utama dibuka kepada umum jam 7.00 pagi tepat. Orang berebut masuk untuk duduk di barisan hadapan. Kami pun masuk dan terus mengambil tempat duduk beberapa baris dari hadapan. Waktu itu kami sibuk mula mengambil gambar.

Main Stage

Welcoming Sign At LCD Screen
JPCC agak besar tetapi tidak sebesar DUMC di Malaysia. Rasanya DUMC lebih besar. Tengah kami mengambil gambar tiba-tiba seorang usher datang kepada kami dan berkata, 'Pak, nggak bisa ambil foto.' Kami pun meminta maaf tapi telah beberapa foto telah diambil. Maaf ya mbak usher. Sebelum kebaktian mereka menayangkan video klip daripada Chris Tomlin, Hillsongs dan sesi demo Favorlive iaitu album terkini yang bakal dilancarkan pada 21 Maret 2012. Tepat jam 7.25pm mereka menayangkan klip pembukaan dan semua pelayan musik telah bersedia di atas pentas. Selepas tamat klip pembukaan jam 7.30 pagi tepat kebaktian pun bermula. Lagu yang dinyanyikan semua baru bagi kami kerana lagu tersebut bakal mereka nyanyikan semasa konsert Favorlive yang berlangsung. Memang profesional dan mereka memiliki suara yang merdu. But for me, it's not only about the voice but also the anointing. Boleh rasakan urapan semasa masuk ke dalam saat penyembahan dengan menyanyikan lagu Jesus It Is You. Pertama kali mendengar lagu ini, jiwaku terus menyanyi memuji Tuhan dan bersyukur atas segala kebaikan dan pekerjaan Tuhan di dalam kehidupan. Suasana penyembahan memang hidup dan mereka menyembah dengan sepenuh hati mereka.

Selepas pujian dan penyembahan, pengkhutbah pun naik ke pentas. Pagi tersebut giliran Pastor Jose Carol, pernah melihat rupanya beberapa kali di dalam blog JPCC tetapi tidak sangka akan mendengar beliau menyampaikan firman Tuhan pada pagi itu. Beliau membawa topik komitmen, satu topik yang agak berat bagi saya. Kebanyakan orang takut dengan perkataan tersebut. Khutbah beliau simple sahaja tetapi penuh pengertian. Beliau menamatkan khutbah beliau dengan membawa seluruh jemaat menyanyikan lagu Jesus It Is You sekali lagi. Kebaktian tamat tepat jam 9.00pagi. Maknanya sesi kebaktian hanyalah sejam setengah. Tidak puas rasanya dan mahu lebih lagi. Rasa mahu terus di situ untuk kebaktian kedua jam 10.00 pagi tetapi kami perlu berangkat ke lapangan terbang pagi itu. Selepas kebaktian, kami pergi ke tingkat 10 dan sempatlah bergambar dan membeli belah buku & CD sekali lagi.

Bersama Ps. Jose Carol ~ Background Favorlive


Tak tahu nama mamat ni apa, selalu main gitar di True Worshipper Youth. Tapi bapa dia orang Penang rupanya.

Background Favorlive
Kami balik dalam jam 9.30 pagi. Waktu kami balik orang tengah berbaris untuk pergi ke kebaktian seterusnya. Beberapa pelayan sedang sibuk melayani di beberapa tempat iaitu lif, parking dan ada yang menjaga barisan. Pertama kali melihat keadaan orang berbaris-baris untuk masuk ke gereja. Sungguh tinggi komitmen mereka di sana. Ada juga melihat ibu bapa yang mendukung anak-anak mereka berbaris menunggu peluang untuk masuk lif. Tapi mereka memberikan keutamaan kepada warga emas dan ibu mengandung untuk masuk dahulu. Bayangkan kalau gereja di Malaysia seperti itu, adakah kita sanggup berbaris untuk masuk ke kebaktian? Adakah kita sanggup melayani di tempat parking atau di dalam lif? Ada berani? Nak cari driver van gereja pun sukar. Sebab itu nampak perbezaan komitmen jemaah di Malaysia dengan komitmen yang ditunjukkan di sana. Tapi, Malaysia tetap di hatiku. Tuhan, ubahlah gereja yang ada di Malaysia. Biarlah kebangkitan berlaku di kalangan umatMu hingga namaMu ditinggikan di tengah kami. Dalam nama Yesus, Amen!

Kami balik ke hotel dan berkemas untuk check out. Selepas check out kami terus mengambil taksi untuk ke lapangan terbang. Sampai di lapangan terbang agak awal sebelum jam 12.00 tengahari dan terus check in beg yang ada. Puji Tuhan tidak overweight. Walaupun banyak membeli tapi masih boleh isi lagi tu. Hahaha...





Flight kami delay lagi selama 45 minit petang itu. Jam 4.00 petang baru boarding dan terbang lebih kurang jam 4.20 petang. Sampai di LCCT lebih kurang jam 7.15 malam. Penat tetapi begitu puas dan bersyukur.

Beberapa ucapan syukur kepada Tuhan dalam beberapa hal iaitu:-
  1. Syukur kerana berkat kewangan maka melancong ke luar negera.
  2. Syukur atas kesihatan yang baik kerana dapat berjalan dengan sepuas-puasnya.
  3. Syukur atas perlindungan sepanjang kami berada di sana tiada perkara yang tidak diingini berlaku di kalangan kami.
  4. Syukur atas kemewahan hidup yang dikecapi kita sebagai rakyat Malaysia (tak perlu 'ngamen' bro).
  5. Syukur kerana kami selamat sampai di Malaysia dan berpuas hati atas segala yang telah kami tempuhi.
 Pelajaran yang dipelajari iaitu:-

  1. Masih ada harapan ~ banyak cara yang boleh dilakukan untuk terus hidup. Yang penting perlu ada kerajinan dan kemahuan untuk melakukan perkara yang berkenan di mata Tuhan.
  2. Komitmen perlu ada dalam pelayanan. Setiap yang dimulai perlu dihabiskan.
  3. Pelayanan bukan hanya setakat di pulpit tetapi menjangkau jauh hingga ke tempat parking.

Itu sahaja catatan perjalanan sepanjang kami berada di Bandung dan Jakarta. Memang puas hati dapat pergi bercuti. Hehehe... Looking forward for next trip. I'll try to put some more pictures after this. Adios!!!

No comments: